CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00
Selama bertahun-tahun kita mengunakan ...buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, 






Caranya mudah sahaja beli seikat daun parsley, cuci bersih-bersih, potong kecil2, masukkan kedalam periuk, masukan air bersih, didihkan untuk sepuluh minit sahaja, sejukkan, tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk, amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya, segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
selamat mencuba,
*note : Tahukah anda apa itu daun parsli?
Daun parsli adalah daun yang digunakan untuk membuat sup AKA "Daun Sup".
*P/S kalau nak senang buat sup hari-hari taruk daun parsley banyak-banyak

Leave a comment

Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?

Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil "flatus" atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?

1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri.

Berikut adalah makanan yang
menyebabkan angin dalam badan:

a. Kacang
b. Sayuran seperti brokoli
c. Kobis
d. Taugeh
e. Bawang
f. Asparagus
g. Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
h. Bijirin seperti roti gandum
i. Minuman ringan dan jus buah
j. Susu dan produk daripada susu dan keju

1. Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali

Leave a comment

Petua Atasi Batuk

Ramuannya;

  1. Bawang putih dan madu.
  2. Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.
  3. Campurkan ia bersama dengan madu.
  4. Makanlah ia 4 kali sehari. 
  5. Setiap kali makan beratnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.
  6. Amalkan selama 3-7 hari.



Leave a comment

Jika terlekat tulang

Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Insya-allah ,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

*** Jika tidak berkesan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Leave a comment

GOUT



kredit untuk: Hafizah Iszahanid

GOUT atau dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.

Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.

GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purine dan kawal berat badan anda. Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan

Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.

Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Harus anda ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin anda, sebaik ubat- ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali meningkat.

Antara makanan yang harus dielakkan:

Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis

Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam

Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung

Daging merah

Cendawan

Yis (roti putih, roti manis)

FAKTA: Golongan berisiko

Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.

Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout

Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat

Wanita putus haid

Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan

Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi/kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

Leave a comment

ANAK SAHAM AKHIRAT

SAYA NAK ANAK !!!

PREGNANT TESTER

Sesiapa pun pasti tidak ingin mengalami kemandulan. Mandul boleh menjadi salah satu penyebab retaknya hubungan antara suami isteri. Perubatan bangsa Yunani dan Ayurveda telah menggunakan madu selama bertahun-tahun untuk menguatkan semen, khususnya bagi para lelaki.


Perlu kita ketahui bahawa dua sudu makan madu yang diminum secara teratur sebelum tidur, memberikan kesan yang baik bagi kesuburan. Wanita di Jepun, China dan Asia Timur yang mengalami kesukaran untuk hamil dan ingin menguatkan rahimnya, sudah terbiasa mengamalkan serbuk kayu manis sejak berabad-abad yang lalu.


Kaum wanita yang sukar hamil sebaiknya melakukan langkah-langkah yang tepat. Lakukan dengan sekerap mungkin iaitu menyapukan madu dan sesudu teh serbuk kayu manis pada gusi. Kayu manis akan bercampur dengan air liur dan akan ikut masuk ke dalam tubuh. Pada masa dahulu, terdapat pasangan suami isteri dari Maryland yang menikah selama 14 tahun. Namun mereka masih belum juga mempunyai keturunan. Mereka pun mula makan madu dan kayu manis secara rutin dan teratur. Akhirnya si isteri hamil, bahkan melahirkan anak kembar sekaligus.


Berikut ialah bahan-bahan dan cara membuatnya.


a. Bahan-Bahan
- Madu asli – 2 sudu makan
- Serbuk kayu manis – 1 sudu teh


b. Cara membuat dan Penggunaannya
- Minumlah madu yang dicampur dengan kayu manis sebelum tidur secara teratur.


Wallahua’lam. InsyaALLAH.



Sumber: Haviva A.B.- Dahsyatnya Mukjizat Madu

Leave a comment

MULUT BERBAU 'LONGKANG' ?

MULUT BERBAU ?



  • Bau mulut (halitosis) merupakan masalah yang biasa dialami oleh semua orang.
  •  Antara punca utamanya ialah tahap kebersihan gigi yang buruk. 
  • Namun terdapat juga beberapa sebab yang lain. Masalah yang terjadi di daerah sekitar gigi seperti masalah gusi, masalah permukaan lidah, gigi berlubang atau karang gigi boleh membuatkan nafas berbau busuk. 
  • Selain itu, gangguan penyakit lain juga boleh menjadi faktor timbulnya bau mulut tidak sedap. Gangguan tersebut bermula dari jangkitan saluran pernafasan, gangguan kelenjar lidah, gangguan pencernaan, bronkitis kronik, sinus, hingga pada diabetes. 
  • Penyebab lain yang sering terjadi ialah pola hidup yang kurang sihat seperti pola makan yang salah, sering mengalami sembelit, merokok dan panas dalam.
  • Minum pada waktu pagi, satu sudu teh madu asli dengan serbuk kayu manis yang dicampur dalam air panas (suam-suam kuku) dapat membuatkan nafas tetap segar sepanjang hari. InsyaAllah.

Leave a comment

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

orang tengok

'Orang kecil'

Translate

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.