Archive for Disember 2014

GOUT



kredit untuk: Hafizah Iszahanid

GOUT atau dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.

Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.

GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purine dan kawal berat badan anda. Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan

Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.

Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Harus anda ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin anda, sebaik ubat- ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali meningkat.

Antara makanan yang harus dielakkan:

Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis

Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam

Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung

Daging merah

Cendawan

Yis (roti putih, roti manis)

FAKTA: Golongan berisiko

Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.

Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout

Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat

Wanita putus haid

Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan

Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi/kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

Leave a comment

ANAK SAHAM AKHIRAT

SAYA NAK ANAK !!!

PREGNANT TESTER

Sesiapa pun pasti tidak ingin mengalami kemandulan. Mandul boleh menjadi salah satu penyebab retaknya hubungan antara suami isteri. Perubatan bangsa Yunani dan Ayurveda telah menggunakan madu selama bertahun-tahun untuk menguatkan semen, khususnya bagi para lelaki.


Perlu kita ketahui bahawa dua sudu makan madu yang diminum secara teratur sebelum tidur, memberikan kesan yang baik bagi kesuburan. Wanita di Jepun, China dan Asia Timur yang mengalami kesukaran untuk hamil dan ingin menguatkan rahimnya, sudah terbiasa mengamalkan serbuk kayu manis sejak berabad-abad yang lalu.


Kaum wanita yang sukar hamil sebaiknya melakukan langkah-langkah yang tepat. Lakukan dengan sekerap mungkin iaitu menyapukan madu dan sesudu teh serbuk kayu manis pada gusi. Kayu manis akan bercampur dengan air liur dan akan ikut masuk ke dalam tubuh. Pada masa dahulu, terdapat pasangan suami isteri dari Maryland yang menikah selama 14 tahun. Namun mereka masih belum juga mempunyai keturunan. Mereka pun mula makan madu dan kayu manis secara rutin dan teratur. Akhirnya si isteri hamil, bahkan melahirkan anak kembar sekaligus.


Berikut ialah bahan-bahan dan cara membuatnya.


a. Bahan-Bahan
- Madu asli – 2 sudu makan
- Serbuk kayu manis – 1 sudu teh


b. Cara membuat dan Penggunaannya
- Minumlah madu yang dicampur dengan kayu manis sebelum tidur secara teratur.


Wallahua’lam. InsyaALLAH.



Sumber: Haviva A.B.- Dahsyatnya Mukjizat Madu

Leave a comment

MULUT BERBAU 'LONGKANG' ?

MULUT BERBAU ?



  • Bau mulut (halitosis) merupakan masalah yang biasa dialami oleh semua orang.
  •  Antara punca utamanya ialah tahap kebersihan gigi yang buruk. 
  • Namun terdapat juga beberapa sebab yang lain. Masalah yang terjadi di daerah sekitar gigi seperti masalah gusi, masalah permukaan lidah, gigi berlubang atau karang gigi boleh membuatkan nafas berbau busuk. 
  • Selain itu, gangguan penyakit lain juga boleh menjadi faktor timbulnya bau mulut tidak sedap. Gangguan tersebut bermula dari jangkitan saluran pernafasan, gangguan kelenjar lidah, gangguan pencernaan, bronkitis kronik, sinus, hingga pada diabetes. 
  • Penyebab lain yang sering terjadi ialah pola hidup yang kurang sihat seperti pola makan yang salah, sering mengalami sembelit, merokok dan panas dalam.
  • Minum pada waktu pagi, satu sudu teh madu asli dengan serbuk kayu manis yang dicampur dalam air panas (suam-suam kuku) dapat membuatkan nafas tetap segar sepanjang hari. InsyaAllah.

Leave a comment

Kenali Lebah Kelulut @ Trigona

Para saintis dan ilmuan telah membahagi lebah kepada 2 kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Lebah kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.

FIZIKAL LEBAH KELULUT
Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.
CIRI-CIRI KHAS
Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangatlebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara. (Gambar: Menunjukkan perbandingan saiz lebah kelulut dengan lebah tempatan).
JENIS LEBAH KELULUT
Daripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi.


Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.

Leave a comment

Catatan Popular

Penyumbang

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

orang tengok

'Orang kecil'

Translate

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.